Friday, November 8, 2013

Tip tip kecantikan diri


Salam Jumaat, Assalamualaikum, hari ini saya pulang kerumah. Tepat pada jam 7.30 pagi,saya bergerak daripada KOLEJ KERIS MAS dengan menaiki bas zon6. Untuk ke KTM UKM,saya perlu mengambil bas zon6,jika saya mengambil bas rapid kl pun boleh sampai ke KTM,tetapi saya perlu membayar sebanyak rm1. Kalau ambil bas zon 6,percuma sahaja.


Pada pukul 8.15 minit saya sampai di Ktm dan terus membeli tiket ke seremban.
Sesampai sahaja diseremban saya perlu menaiki bas untuk pulang kerumah,,tetapi bas tidak muncul2, hampir satu jam setangah saya menunggu bas,orang ramai telah beratur panjang. Keadaan dalam bas begitu padat macam sardin, 

Kali ini saya nak kongsi macam mana cara nak cantik..
nak tahu tak macam mana nak cantikkan diri. Kita tidak perlu menggunakan make up yang tebal. Kita guna cara yang mudah sahaja. Jom kita lihat.


1. Untuk wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan terus dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Dan ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah senaman. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Bukan hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk menjadi terkenal, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi.

" Selamat beramal "



No comments :

Post a Comment