Hari ini saya tiada kelas kerana pensyarah saya pergi ke luar negara atas urusan kerja.
Oleh itu,saya dan rakan mengambil keputusan untuk menyiapkan kertas kerja dan pergi membuat pengesahan di JPPEL. Saya merupakan setiausaha bagi kelab seni Cak Lempong. Untuk melaksanakan sesuatu aktiviti,kami perlu menyediakan kertas kerja. Saya merancang untuk melaksanakan aktiviti melawat ke rumah orang orang tua sambil menghiburkan hati mereka dengan permainan cak lempong.
Saya telah berjanji dengan rakan saya akan ke JPPEL pada jam 3 petang. Tepat jam 3 petang,kami menaiki bas zon 3U untuk ke Pusanika dimana terletaknya JPPEL. Saya hampir terlupa membawa kertas kerja saya kerana begitu kelam kabut. Sesampai sahaja di JPPEL,kami pergi ke kaunter pertanyaan berkenaan kertas kerja yang perlu dihantar, tetapi Cik yang menjaga kaunter kaunter memberitahu kami bahawa kertas kerja perlu dihantar secara online di https://smp.ukm.my/spi/. Saya baru tahu yang kertas kerja bole dihantar secara online. Itulah pengalaman pertama saya dalam menyiapkan kertas kerja
No comments :
Post a Comment