Friday, November 29, 2013

Anak buah Ketiga

Assalamualaikum, hari ini saya mendapat berita gembira daripada abang saya bahawa kakak iparlah saya telah selamat melahirkan anak kedua mereka.Alhamdulillah. Baby dilahirkan pada tanggal 29.November 2013 jam 4.44 petang seberat 2.95kg. Alhamdulillah saya dapat anak buah lelaki yang kedua. Nama masih belum diberikan tetapi kakak(2 tahun) kepada baby ini telah memanggilnya baby adam. Mungkin kerana ditempat pengasuhnya,,ade budak bernama adam.

Ini gambar yang dipamerkan oleh kakak saya..
Sangat comel,insyaallah esok saya akan ke rumah abang saya untuk melawat baby dan melawat keadaan kakak saya.. Alhamdulillah

Tuesday, November 26, 2013

Kertas Kerja

Hari ini saya tiada kelas kerana pensyarah saya pergi ke luar negara atas urusan kerja.
Oleh itu,saya dan rakan mengambil keputusan untuk menyiapkan kertas kerja dan pergi membuat pengesahan di JPPEL. Saya merupakan setiausaha bagi kelab seni Cak Lempong. Untuk melaksanakan sesuatu aktiviti,kami perlu menyediakan kertas kerja. Saya merancang untuk melaksanakan aktiviti melawat ke rumah orang orang tua sambil menghiburkan hati mereka dengan permainan cak lempong.

Saya telah berjanji dengan rakan saya akan ke JPPEL pada jam 3 petang. Tepat jam 3 petang,kami menaiki bas zon 3U untuk ke Pusanika dimana terletaknya JPPEL. Saya hampir terlupa membawa kertas kerja saya kerana begitu kelam kabut. Sesampai sahaja di JPPEL,kami pergi ke kaunter pertanyaan berkenaan kertas kerja yang perlu dihantar, tetapi Cik yang menjaga kaunter kaunter memberitahu kami bahawa kertas kerja perlu dihantar secara online di https://smp.ukm.my/spi/. Saya baru tahu yang kertas kerja bole dihantar secara online. Itulah pengalaman pertama saya dalam menyiapkan kertas kerja

Saturday, November 23, 2013

Seremban

Assalamualaikum,
Hari ini saya telah menghadapi ujian mikroekonomi..
yeahh!!! ini adalah ujian terakhir untuk mid test,,
rasa macam seronok sangat sebab saya dah boleh fikir untuk final exam dan siapkan segala final projek.
Muka ceria habis peperiksaan, harap dapat keputusan yang baik,Amin..
Selepas habis exam,saya ambil keputusan untuk balik seremban.
Saya pulang pada jam 5 petang, saya ambil tiket keretaapi dari UKM ke senawang.
Tetapi apabila sampai sahaja di seremban,pihak ktm memberitahu kami bahawa seremban adalah stesen yang terakhir.Saya terpaksa turun diseremban, walaupun saya telah membayar tiket ke senawang.
Saya suruh kakak saya jemput saya diseremban.. Seronok dapat jumpa adik beradik dan saudara mara.

Monday, November 18, 2013

Sibuk

Assalamualaikum,
Minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk kerana saya akan menghadapi dua peperiksaan.
Malam ni saya ada peperiksaan matematik dan sabtu ni akan diadakan peperiksaan mikroekonomi.
Walaupun banyak kerja dan assignment yg perlu saya lakukan.
Ujian matematik akan diadakan di DTAMS selama 2 jam setengah..
Ia akan dimulakan pada jam 8 malam hingga 10.30 malam.
Nasib baik habis pukul 10.30 malam kerana jika habis pukul 11.00 malam, ia menyukarkan saya
untuk balik ke kolej.
Bas hanya ada sampai pukul 11.00 malam. Jika tiada bas, saya terpaksa balik jalan kaki.
Sangat jauh untuk berjalan kaki, tetapi buat masa ini saya belum pernah pulang ke kolej jalan kaki.

Thursday, November 14, 2013

Lab Test


Assalamualaikum, hari minggu ini saya sangat sibuk kerana minggu ini banyak exam dijalankan dan banyak perjumpaan kelab diadakan. Tapi alhamdulillah saya dapat membahagikan masa dengan baik.Walaupun saya mempunyai banyak kerja,saya akan memastikan saya mempunyai tidur yang cukup. Saya tidak mengamalkan tidur yang lewat kerana ianya akan menyebabkan saya mengantuk di kuliah.

Hari ini saya ada ujian untuk subjek aplikasi komputer. Banyak benda sebenarnya yang saya tidak tahu dalam menggunakan microsoft office. Saya cuba untuk belajar menggunakan microsoft terutamanya microsoft excel. Banyak formula yang saya perlu hafal untuk menggunakan microsoft excel. Doakan saya dapat menjawab lab test malam ini..

Tuesday, November 12, 2013

HARI ASYURA

Assalamualaikum,
Esok merupakan 10 muharram tahun 1435 hijrah merupakan hari asyura. Tahukah anda maksud hari asyura???

MARI KITA BACA..

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Manakala Asyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ) di dalam kalender Islam. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Klik ini untuk lebih lanjut

Kita disunatkan untuk berpuasa pada hari asyura.
Niatnya ialah :

 نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

Banyak fadhilat yang boleh diperolehi...oleh itu jom kita puasa hari asyura esok..
Jangan Lupa untuk Bersahur kerana bersahur adalah sunat

Saturday, November 9, 2013

Petua Islam Untuk Mengatasi Masalah Hidup

Assalamualaikum,
Hari ni saya nak beri petua islam dalam menghadapi masalah hidup, setiap manusia mempunyai masalah.Oleh itu, kita perlulah bijak menangani masalah tersebut. Kita tidak boleh lari daripada masalah. Saya juga mempunyai masalah dalam menguruskan masa di university, saya perlu memikirkan banyak tugasan yang perlu disiapkan disamping menghadiri banyak perjumpaan kelab dan persatuan. Jom kita lihat cara cara untuk atasi masalah ini.
:88:Berwudhuk sebelum tidur
:88:Membaca Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)

:88:Mengucap 2 kalimah syahadat
:88:Membaca doa tidur
:88:Bercakap/berdoa menyatakan impian dalam hidup di dunia dan akhirat
:88: Tutup mata dan membaca istighfar di dalam hati sehingga terlelap.
"Renung2 kan dan selamat beramal"
(tagline prof Izzi Hj. Ali)

Friday, November 8, 2013

Tip tip kecantikan diri


Salam Jumaat, Assalamualaikum, hari ini saya pulang kerumah. Tepat pada jam 7.30 pagi,saya bergerak daripada KOLEJ KERIS MAS dengan menaiki bas zon6. Untuk ke KTM UKM,saya perlu mengambil bas zon6,jika saya mengambil bas rapid kl pun boleh sampai ke KTM,tetapi saya perlu membayar sebanyak rm1. Kalau ambil bas zon 6,percuma sahaja.


Pada pukul 8.15 minit saya sampai di Ktm dan terus membeli tiket ke seremban.
Sesampai sahaja diseremban saya perlu menaiki bas untuk pulang kerumah,,tetapi bas tidak muncul2, hampir satu jam setangah saya menunggu bas,orang ramai telah beratur panjang. Keadaan dalam bas begitu padat macam sardin, 

Kali ini saya nak kongsi macam mana cara nak cantik..
nak tahu tak macam mana nak cantikkan diri. Kita tidak perlu menggunakan make up yang tebal. Kita guna cara yang mudah sahaja. Jom kita lihat.


1. Untuk wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan terus dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Dan ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah senaman. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Bukan hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk menjadi terkenal, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi.

" Selamat beramal "