Assalamualaikum,, Hari nie merupakah hari raya aidiladha untuk seluruh umat islam di Malaysia..
Kamu semua beraya di mana??? Pagi raya saya hanya beraya di rumah sahaja, selepas solat hari raya saya pulang ke kampung.Kampung saya di Pahang. Emak saya hanya memasak roti jalan dan nasi impit sahaja,pada awalnya,ayah saya ingin memasak lemang tetapi tidak jadi kerana dua orang abang saya tidak dapat pulang ke rumah kerana perlu menjalankan tugasnya di Hospital. Almaklumlah kerja di Hospital sukar untuk mendapatkan cuti.
Dalam pukul 12,saya tiba di kampung.. Ramai makcik2 dan sepupu telah tunggu di rumah nenek saya.Pada hari tersebut nenek saya memasak mee kari, dan nenek sedara saya memasak nasi dagang, Di kampung saya,perayaan aidiladha disambut dengan meriah. Aktiviti kunjung mengunjung juga dijalankan.Cuma perbezaan nya adalah tiada duit raya.
Kamu semua tahu apa maksud aidiladha???
Tahukah Maksud Aidiladha sebenarnya???
adha kat sini adalah merujuk kepada waktu dhuha. dimana yang lazimnya, penyembelihan binatang korban akan dilakukan pada waktu ini. itulah maksudnya.. aidil tu korang mesti dah tahu kan..? aidil bermaksud hari raya.. adha tu waktu dhuha.
korban yang dilakukan pada hari raya aidil adha adalah dengan menyembelih binatang korban (bahimatul an'am - unta, lembu, kambing) dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. kebanyakan ulama' menyatakan yang binatang korban adalah dalam kalangan yang tiga ini..
tetapi salah sorang ulama' iaitu Ibn Hazm mengatakan yang binatang korban ini adalah semua binatang yang boleh dimakan dagingnya termasuk jenis burung - burung yang berterbangan di awan biru.. hukum korban ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian seperti sunat muakkad, wajib, fardu kifayah dan juga fardhu ain..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!!!

No comments :
Post a Comment