Friday, October 25, 2013

Bekerja

Assalamualaikum, sejak semalam pesta konvo telah dimulakan, banyak jenis barangan yang dijual disitu terutamanya makanan dan pakaian.. Kali ini saya ditugaskan untuk menjaga gerai nasi lemak iaitu pada jam 8.00 pagi hingga 3.30 ptg..

Ini dia nama gerai yang saya jaga,,ianya hanya menjual nasi lemak beserta lauk lauk sahaja. Sesampai sahaja saya disitu,saya ditugaskan untuk mengelap meja dan memasukkan lauk2 yang telah masak ke dalam tray. Selepas itu,saya dan 3 orang rakan rakan yang lain ditugaskan untuk membalut nasi lemak menggunakan daun pisang. Saya dapat buat satu bungkus kerana saya ditugaskan untuk membancuh air dan menyediakan air untuk pelanggan.


ok itu sahaja,dalam pada yang sama saya jumpa macam karenah manusia disana..

-SEKIAN-


Perasmian Pesta Konvo

Assalamualaikum,kali ni saya nak story pada yang berlaku malam tadi..
Malam tadi merupakan majlis pelancaran pesta konvo oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu canselor UKM..

Saya melakukan persembahan pada hari tersebut iaitu bermain cak lempong ketika ketibaan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. walaupun saya orang negeri sembilan, ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara realiti. Saya berbangga dapat bermain cak lempong di hadapan beliau.. Paling saya bangga apabila lagu Kebesaran Negeri Sembilan berkumandang di UKM, saya ingatkan saya tidak akan dengar lagi lagu negeri sembilan kerana saya kini belajar di selangor,tpi saya tetap juga boleh dengarkannya dan menyanyi kan nya..

Ini gambar kami keltika latihan cak lempong dan rehearsal penuh pelancaran cak lempong.
Dan ini pula pada hari pelancaran pesta konvo UKM yang ke 41
 Tarian oleh kelab tarian




Terus terang saya katakan sangat seronok...ini pengalaman pertama saya bermain cak lempong di hadapan orang ramai kerana saya baru sahaja sebulan belajar bermain cak lempong.
Cukup sampai disini sahaja :).. Good Bye

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum,, Hari nie merupakah hari raya aidiladha untuk seluruh umat islam di Malaysia..
Kamu semua beraya di mana??? Pagi raya saya hanya beraya di rumah sahaja, selepas solat hari raya saya pulang ke kampung.Kampung saya di Pahang. Emak saya hanya memasak roti jalan dan nasi impit sahaja,pada awalnya,ayah saya ingin memasak lemang tetapi tidak jadi kerana dua orang abang saya tidak dapat pulang ke rumah kerana perlu menjalankan tugasnya di Hospital. Almaklumlah kerja di Hospital sukar untuk mendapatkan cuti.

Dalam pukul 12,saya tiba di kampung.. Ramai makcik2 dan sepupu telah tunggu di rumah nenek saya.Pada hari tersebut nenek saya memasak mee kari, dan nenek sedara saya memasak nasi dagang, Di kampung saya,perayaan aidiladha disambut dengan meriah. Aktiviti kunjung mengunjung juga dijalankan.Cuma perbezaan nya adalah tiada duit raya.

Kamu semua tahu apa maksud aidiladha???

Tahukah Maksud Aidiladha sebenarnya???

adha kat sini adalah merujuk kepada waktu dhuha. dimana yang lazimnya, penyembelihan binatang korban akan dilakukan pada waktu ini. itulah maksudnya.. aidil tu korang mesti dah tahu kan..? aidil bermaksud hari raya.. adha tu waktu dhuha.

korban yang dilakukan pada hari raya aidil adha adalah dengan menyembelih binatang korban (bahimatul an'am - unta, lembu, kambing) dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. kebanyakan ulama' menyatakan yang binatang korban adalah dalam kalangan yang tiga ini..

tetapi salah sorang ulama' iaitu Ibn Hazm mengatakan yang binatang korban ini adalah semua binatang yang boleh dimakan dagingnya termasuk jenis burung - burung yang berterbangan di awan biru.. hukum korban ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian seperti sunat muakkad, wajib, fardu kifayah dan juga fardhu ain..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!!!

Monday, October 14, 2013

Hari Arafah

Hari ni berapa haribulan ya??
hari ialah 14.Oktober.2013 bersamaan dengan 9 Dzulhijjah 1434, 
Iaitu Hari arafah..
Tahukah anda,, Apakah hari arafah???
Hari Arafah ialah hari yang paling mulia

Pada hari tersebut kita disunatkan untuk berpuasa. Ia khusus kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

(HR Muslim)


2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

(HR al-Bukhari)

3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”

(HR Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…



SUMBER : muzir.wordpress.com/http://gigitankerengga.blogspot.com/




Thursday, October 10, 2013

My Special Day

Assalamualaikum,, hari  ni10.oktober 2013 bersamaan hari khamis merupakan hari lahir saya yang ke 19 tahun.. Jom menyanyi sikit..

" Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi untuk saya,selamat hari jadi"



Hehehe..tak apelah,,menyanyi untuk diri sendiri kan.. Saya tak sambut pun hari lahir saya,,sebab kelas saya pada hari ini sangat padat,, daripada pukul 8.00 pagi sehingga 7.00 petang... sampai sahaja di bilik terus je rehat..tak sempat nak buat sambutan.. saya pun tak kisah sangat sambut ke tidak... Yang penting saya di panjangkan umur,,dan dimurahkan rezeki..AMIN..

paling saya tidak sabar ialah untuk pulang kerumah..disebabkan hari jumaat saya tidak mempunyai kelas..saya buat keputusan untuk pulang ke rumah pada awal pagi esok..

Wednesday, October 9, 2013

Tiada elektrik

Assalamualaikum,kali ni nk cerita pasal ketiadaan elektrik pula.. semalam,lebih kurang pukul 3.00 petang,tiba tiba bekalan elektrik terputus, saya ingat ada masalah sikit jer,,rupa rupanya melibatkan seluruh universiti..saya tidak dapat meneruskan tugasan saya kerana bateri laptop betul betul tiada,, saya tidak dapat "on" kan laptop saya.. selepas itu saya dan kawan kawan buat keputusan untuk pergi kafe.. Sesampai sahaja kami di kafe, suasana kafe ketika itu agak gelab. tetapi x panas seperti di bilik kerana kafe ada banyak angin..

Selepas kami menjamu selera, kami buat keputusan untuk berjalan sebentar di seluruh universiti dengan menaiki bas..tetapi tidak jadi kerana elektrik ada.. kami pun pulang ke bilik dan sambung membuat tugasan kami.. tadi saya ada kelas subjek perakaunan pkul 8.00 pagi.. sesampai jer di fakulti,, bilik seminar amatlah gelab..kerana kesan ketiadaan elektrik.. kami menunggu lecturer tiba..sehinnga jam 8.30 pagi,,lecturer tak juga kelihatan..akhirnya kami dapat tahu kelas terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan elektrik..kami terpaksa pulang..

Thursday, October 3, 2013

Kelas.

Hari ini dalam kelas sangat seronok kerana dalam kelas pengantar pengurusan, ramai pelajar yang sama aras dengan saya. Oleh itu ia memudahkan kami untuk berbincang tentang sesuatu perkara.

Semasa lecturer beri kami rehat selama 10 minit, saya sempat mengambil gambar dengan budak aras saya. Kami jarang jumpa di blok kerana masing masing sibuk dengan hal masing masing. Kami hanya terserempak di bilik air sahaja. Bila jumpa di kelas,ini lah telatah kami. Bergambar,berborak dan sebagainya. Pada waktu ini lah kami berkenalan antara satu sama lain, meminta no telefon dan bertanyakan tentang diri mereka semua

Tuesday, October 1, 2013

Tiada Air

Assalamualaikum. Hari ini sudah dua hari blok saya tiada air. Kami diberitahu oleh pihak syabas bahawa ada masalah yang telah dialami oleh pihak mereka. Oleh itu air terpaksa dicatu. Saya terpaksa menadah air untuk mandi dan sebagainya. Saya rasa amat sukar untuk menghadapinya kerana sukar untuk mandi dan membersihkan pakaian. Saya terpaksa pergi ke blok lain untuk mandi.
Kadang kadang blok lain juga tiada air. Saya perlu mandi di bangunan pentadbiran. Agak segan sebenarnya pergi blok pentadbiran. Tapi kami terpaksa pergi juga untuk membersihkan diri. Saya berharap perkara ini tidak terus berlarutan.