Thursday, September 26, 2013

Pembangunan diri

Assalamualaikum, hari saya ada kelas pembangunan diri. Kelas ini seronok tapi waktu kelasnya amat tidak sesuai iaitu jam 5 hingga 7 petang. pada hari ini, pensyarah saya telah melepaskan kelas pada pukul 7 tepat. Saya dan rakan rakan tidak sempat untuk mengejar bas pada pukul 7. Oleh itu kami membuat keputusan untuk solat dulu di surau fakulti ekonomi dan pengurusan. selepas itu kami menempah makanan di kafe yang berdekatan.

Sementara menunggu bas,kami sempat bergambar dahulu.. Jam 7.50 malam bas sampai. Kami amat bersyukur kerana bas sampai. Kami terlalu penat pada ketika itu. Didalam bas hanya ada kami sahaja. Sampai di Kolej keris mas pada jam 8.15 malam

Sunday, September 22, 2013

Taklimat LC

Assalamualaikum, walaupun hari ini adalah hari ahad, Kami tetap ada program iaitu program taklimat mengenai LC di Dewan Canselor. Kami pergi beramai ramai. Sebelum pergi kami sempat bergambar dahulu.

Macam gaya yang kawan kawan saya buat. Saya di dewan kami dikehendaki menandatangan kehadiran tetapi proses itu amat melambatkan. Semua pelajar dibenarkan masuk ke dewan kerana keadaan terlalu huru hara.

Kami diberi taklimat LC sehingga pukul 5 petang. Banyak pengetahuan dan maklumat yang saya perolehi di sana. Sebelum ini saya tidak tahu tentang hal berkenaan

Friday, September 20, 2013

Jalan- Jalan

Assalamualaikum, hari ini hari jumaat. Pada hari jumaat saya tiada kelas. Oleh itu saya dan kawan kawan bercadang untuk keluar jalan jalan kerana ini kali pertama kami keluar daripada negeri masing masing.
Kami menaiki kereta api menuju ke Bank negara.

Insyaallah,kalau ada peluang saya ingin bekerja sebagai akauntan di Bank negara. Daripada bank negara kami menuju ke Jalan Tar. Tempat yang selalu disebut sebut oleh orang ramai. Pertama kali kami kesitu.
Banyak barang yang murah disana. Selepas itu kami berhenti berehat di Masjid berdekatan.
Jam lima petang kami pun bergerak pulang ke UKM.Kami sampai di UKM pada pukul 6.30 petang

Thursday, September 19, 2013

Temuduga Yayasan Tenaga Nasional

Assalamualaikum, hari ini saya pergi temuduga Yayasan Tenaga Nasional untuk mendapatkan biasiswa

Saya bertolak ke UNITEN daripada UKM pada jam 6.45 pagi kerana temuduga bermula jam 8 pagi. Saya sampai di Uniten pada jam 7.30 pagi. Hanya ada 12 orang pelajar sahaja yang ditemuduga. Daripada 12 orang, 6 orang daripadanya adalah pelajar UKM.

Saya ditemuduga mengikut kumpulan. Satu kumpulan 6 orang. Saya berasa sangat takut untuk ditemuduga. Ada 3 orang panel dan 3 soalan yang perlu dijawab. 
soalan soalannya ialah :
  • Sila perkenalkan diri anda..
  • Apa yang anda tahu tentang Tenaga Nasional Berhad
  • Soalan perbahasan. 
Alhamdulillah,pukul 12.30 tengahari saya telah sampai ke kolej keris mas. Saya terpaksa untuk tidak pergi ke kelas pada pagi itu kerana ada temuduga ini. 

Tuesday, September 10, 2013

Merdeka Raya

Hari ini kolej keris ada membuat sambutan merdeka raya. Pelbagai pertandingan telah dijalankan iaitu pertandingan karaoke, pertandingan membuat banner,pertandingan mereka baju dan pertandingan busana. Saya turut menyertai pertandingan ini. Saya menyertai pertandingan membuat banner. Pertandingan bermula pada jam 8 dan berakhir pada jam 10. Anda ingin melihat hasil yang saya dan rakan rakan buat?? Jom lihat.

Cantik tak, huhu tapi saya tidak tahu kumpulan mana yang telah memenanginya kerana saya tidak dapat hadir semasa hari penyampaian hadiah. 
ok saya bersama chin yang menyertai pertandingan busana yang diperbuat daripada bahan terpakai. Walaupun balik hingga lewat malam tapi agak menyeronokkan

Monday, September 9, 2013

Hari pertama kelas

Assalamualaikum, hari ini adalah hari pertama saya pergi ke kelas, hari isnin kelas saya bermula pada pukul 11 iaitu subjek aplikasi komputer. Sampai sahaja di bilik seminar 13, lecturer telah menampal memo di pintu mengatakan kelas bakal ditangguhkan. Saya dan kawan kawan membuat keputusan untuk pergi perpustakaan tun sri lanang.

Semasa orientasi,kami telah diberitahu oleh PC untuk menaiki bas zon 3u untuk pergi ke kelas dan pulang. Jika mahu pergi ke KTM,kami perlu mengambil bas zon6 manakala untuk pergi ke kolej pendeta zaaba, kami perlu menaiki bas zon 2.
Pengalaman yang sangat menarik kerana ini adalah kali pertama saya menaiki bas untuk ke kelas.

Friday, September 6, 2013

Orientasi berakhir

Assalamualaikum, hari ini berakhirlah minggu mesra pelajar. Minggu mesra pelajar amat memenatkan dan seronok. Saya dapat berkenalan dengan ramai pelajar yg datangnya daripada seluruh malaysia. Malah pelajar daripada Indonesia pun ada. Semasa orientasi pelajar diberi kumpulan. Saya dapat kumpulan A. Kumpulan A sangat best. Diaorang sangat sporting.

Ini gambar kumpulan A. Hanya empat orang sahaja lelaki dalam kumpulan ini. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa orientasi ialah semasa hari explorasi kolej, kami terpaksa berjalan kaki daripada dewan cancelor ke kolej keris mas. Sangat penat pada ketika itu. Selain itu,pengalaman yg paling tak boleh dilupakan ialah Perang dectar. Perang dectar sangat seronok. Mari kita lihat video ini. Ini video yang sempat dirakam oleh seorang pelajar.

Sunday, September 1, 2013

Pendaftaran ke UKM

Assalamualaikum, hari ni saya mula mendaftar sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada pkul 7.30 pagi saya bertolak daripada rumah dan alhamdulillah saya sampai di UKM pada pkul 10.30 pagi. Saya terus pergi mendaftar di kolej keris mas. Saya mendapat blok 10 bilik 221. Saya sangat seronok kerana mendapat rakan sebilik dengan orang sabah. Nama dia adalah Nor Alizah Binti Amirul. Dia daripada aliran pentadbiran perniagaan sama dengan saya.
Itu kunci bilik saya dan kad matrik saya. Saya suka no kad matrik saya iaitu A143333

Ini bilik saya, bilik ini agak selesa untuk dua orang. Saya bersyukur kerana diberi kemudahan ini di kolej keris mas. Banyak kemudahan yang disediakan seperti gelanggang untuk bersukan,kafeteria,kedai koperasi dan sebagainya.